Kota Kinabalu - Kundasang

Alhamdulillah, pada 26/5/2024 kami telah berkunjung ke Kundasang dan dapat melihat Gunung Kinabalu, iaitu gunung tertinggi di Malaysia dan Pulau Borneo. Mungkin kerana musim hujan, Gunung Kinabalu hanya boleh dilihat pada waktu pagi berikutan awan dan kabus tebal akan mula menyelubunginya bermula seawal 9 pagi. Suhu di Kundasang pada waktu malam sekitar 16 darjah Celcius, manakala pada waktu siang mencecah 27 darjah Celcius.